sweet en:)
Sila BACA & Mari
SEBARKAN Kisah Sedih Ni..
Okeii . dy suruh ak
sebarkan cite niey . ak thu ak baek , so ak sebarkan lhar jugak . hee :DD
Best sgd cithe niey , hve
fun :)
Dia duduk menghadap laptop
di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton
televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun
bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat.
Tiba-tiba, si dia bangun
dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang,
maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu
senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?
Huh,lawak antarabangsa betul.
Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah
ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak
tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh.
Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah
lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.
Okay, salah aku lagi, duit
syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan
aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku
dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil
kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku
uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau
Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk
rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.
“abang dengar tak?”. Macam
cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana
ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam
sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan
mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di
sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana
surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung
labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?”
Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta
awak, tak kisah?” Tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta
abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm
refleksi.
Aiman dah tak tentu arah. Syahirah
yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je
jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di
belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan
surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar
lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar
track-suit.
Aduh,mana bawak kopiah ke?
Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia
Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene
halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan
manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah
ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk
bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.
Malam itu Aiman duduk di
ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang
solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.”
Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang
soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau
kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah
jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh
berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.
Berubah? Teringat juga dia
amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat
tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman
hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta
sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara,
hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat
tahu.
Aku terus pergi Kepala
Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah
memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman
dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah
dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir
itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila
mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom
Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula
ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut
dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di
sebelahnya.
Cepat sungguh si Syahirah
ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini
nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang
ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada
apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran
abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak
faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap.
Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.
Seminggu berlalu….
“Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di
dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak
– hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak
berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya.
“lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam
itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka
bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?”
kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah,
lepas ni kita sama-sama belajar masak.”
“maaf ya abang..” Aiman
senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi
selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir
di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa
laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat
kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di
hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa
dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa
apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam,
sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam
itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi
surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.
Ajak orang pergi surau?
Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada
perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai
mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?”
Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?”
“saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat
Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.
Senyum terukir apabila
melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri
saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan
mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak.
Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang
soleh macam Aiman ni.” kata-kata
Syahirah membuatkan Aiman
terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia
hingga ke syurga.” “terima
kasih ustaz.” Aiman bersuara.
Ustaz itu menepuk bahu
Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab
Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang
Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..”
Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja
sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia
jumpa sewaktu di surau kelmarin.
Rasanya dia perlu berubah.
Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila
dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa
bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah
ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu
tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..”
“kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan
isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman
memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ.
Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam.
“tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik
muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”
Sudah dua hari Aiman di
pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat
dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat
berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam
berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah
bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari
kedua baru nak call?
Abang tahu tak saya bosan
duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman
hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana
ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah
bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut
abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga
diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi.
“awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “
abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur
baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?”
“..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk.
“lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap
perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.”
“apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.”
Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya
di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi
berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka
bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada
ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang
hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak
perasan).
Wajah Aiman seolah ada
sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya.
“er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa
yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya.
“oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke
ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air
di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.
Walaupun rumah itu kecil
tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa
selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada
suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah
melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia
sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini.
Kadang-kadang macam
budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?”
“apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.”
“oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah
senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi
melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh,
ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best
jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?”
“lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar”
Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.
Aiman hanya memerhati. “ ..
haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata
Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar
sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu.
Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3
itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak
sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum.
Aiman turut senyum.
Sungguh dia tak pernah buat
benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang
ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong
langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu
ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita
masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi
Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata
perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari
Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke
dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.
Demi cinta kita aku akan
menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta
kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia
menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…”
Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..”
Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..”
Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan
ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.
“Allah Bagi Cuti. Sakit
perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah
pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh.
“doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah
tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk
dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli
tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus
berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman
berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke
kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.
“ada boleh saya bantu
encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.”
Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba,
Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?”
Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try
dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar
dari kedai buku itu.
Pekerja kedai buku itu
berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat
suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak
beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet
kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just
pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang
tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang
jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat,
perempuan yang baik untuk lelaki yang
baik dan lelaki yang baik
untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”
Aiman sibuk membuat
kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu.
Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja.
Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman
mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah
dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik
tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak
penat.
Mana tidaknya sehari suntuk
berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan
itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata
Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya.
Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas
bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik.
Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah
sudah lena tidur.
Mungkin penat sangat. Aiman
senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman
menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya
hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis
stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul.
Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!”
tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami
Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.
Selepas pulang dari pondok
agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu
kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk
ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat
sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan
kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam
mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia
ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli.
Kamu buat apa yang patut!”
Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba
telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon.
“Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik
rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman
tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang
Kepala Batas. Ada apa ya?
Aiman mengambil
briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya
itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah
seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya
membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu
Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah.
“Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk
bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya.
Aiman menarik kembali
tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman
mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi
kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan
langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau
dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat
macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku
ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.”
“along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela
Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga
kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.
Syahirah sedaya upaya
menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi
suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati
kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah
di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya
cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis
tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya
izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya
keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah
sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah
beratnya dugaan-MU…
Aiman baru selesai solat
Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau.
Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan
bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi.
Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut
mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi.
“Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni
agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang
sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara
serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.”
Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman
masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di
saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan
senyap macam ni..
saya bersalah sangat ni..”
“sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah.
Ya Allah…. “abang, cuba
tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan
menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..”
Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh
Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah
terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan
janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di
pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya
kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping
abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along
dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk
membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta
petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi.
Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini,
click lah =)
Nasihat Nabi s.a.w kepada
Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam
berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali,
bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2)
Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi
orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2)
Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2)
Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
“Assalammualaikum..” Aiman
menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca
artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi
ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat
masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?”
Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap.
Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu.
Tangannya menyelak muka
surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan,
Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia
dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram
api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita
sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak
berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang
banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat
pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil
syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah
tolong, tapi dia yang mensiasiakan. Tapi itu dulu sekarang lain..
Assalammualaikum, abang dah
makan? – Syahirah.
Aiman membaca message itu
dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya.
Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je
isterinya itu merajuk.
Waalaikumussalam,
Alhamdulillah sudah. – Aiman
Lepas beberapa minit.
Syarikat abang dah okay? –
Syahirah.
Doakanlah ada projek yang
masuk. – Aiman
Solat Dhuha lah abang.
Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha
Allah akan tolong. – Syahirah.
Aiman senyum membaca
message itu. insyaALLAH. – Aiman.
“Assalammualaikum, abi.”
Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?”
nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham.
Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu
fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam
berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka
emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka
di tanah air.
Wajarlah,
alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada
email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok
Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video
itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.
Astarfiruallahalazim. Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam
rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please..
jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat
air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata
mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga
dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja
Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference
dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya
Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman
dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.”
“waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam
kereta perjalanan untuk pulang ke rumah.
Aiman yang tengah memandu
itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil
Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam
sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah
ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.”
“tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata
Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di
Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu.
“thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan
bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira
dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di
kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan
barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur
Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati
mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang
tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.
“sayang..mana awak dapat
wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak
akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat
restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di
sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan.
Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba ,
Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas
dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.”
Terkelu lidah Aiman sewaktu
melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak
tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah
biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang
duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni,
panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba
melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak
buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba
hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja. “abang, bangun..” Syahirah
menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah
lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi.
“abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa
sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai
berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30
pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia
dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”
Sebelum turun dari katil
sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?”
seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa
halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman
bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar
bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa
memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.”
Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah
kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi
isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.”
Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum. “hm, nak ikut abang Subuh dekat
surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah
je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay,
saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman
memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum
keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman
keluar dari kereta.
PRRRANGGGGG!!!!!!!!
Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman
ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba
mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur.
Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang
!!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan
pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang
telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang
membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.
**********
Aiman terpisat-pisat
bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang
yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman
memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau.
Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman
tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia.
Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut
melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota
polis itu membawa Aiman keluar rumah. Abahnya hanya menggeleng dengan air mata
berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu
abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang
di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya,
umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan
kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata
merah mungkin sebab
menangis. Aiman cuba
meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah
alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba
dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata
Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya
Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..”
Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi,
macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.
Sebak dadanya. “abi kenapa
dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah
Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.”
Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?”
mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene
pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa.
Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu. Lemah lutut Aiman
mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok
kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke
meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah
saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah
daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap
hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah
engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) “Encik,saya nak sejadah dan tafsir
Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang
dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya
Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca
Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus
mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air
matanya. Allah…
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah
KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu
KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN
dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
“Alhamdulillah.”
Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat
wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah
tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu
dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah.
“abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya
mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke
umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang
jalan. Tak sabar hendak
bertemu isterinya. Rindu.
Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.
Aiman terkejut. “abi,
kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya
menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia
merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk
menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman
melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut
Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah
kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir
di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat
Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala
isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat
lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia
menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.”
“bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah
di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.
“tak…tak…bukan dia..” sayu
Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit.
Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air
mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?”
“tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah
mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya
memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak
ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita
dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone
itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar
mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni
rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus
begini…..
Aiman menutup buku agama
yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya
Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui
Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya
puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya
tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi
dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur.
Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya.
Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar
dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa
mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya
dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal
abahnya pula. Aiman
bersalaman dengan abahnya
pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”
Aiman meletakkan kereta
sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki
melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat
sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat
sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula.
“Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan
bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman
senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak
cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah
hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan
semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal. Aiman
membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk”
pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.
Aiman senyum je. “lagi?”
“er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya
untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman
mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata
Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun. Dia menghampiri Syahirah yang
senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam
tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah
hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato
Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke
masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia
sebelum arwah meninggal. Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak
tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar.
“terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun
Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui
Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung
dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.
Assalammualaikum –
alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita
boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan
dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat
mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita?
wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti.
Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang
kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan
kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu
pasti syurga atau neraka yang menanti. Wallahua'lam...
Haii :) ohsemm tak cithe
niey ? best ann ? tuelha koank ta chaye ckap ak . umm tibee ==’
Koank nges takk ? ak
mestylha , hum tak . ak pun tak thulha , ak nie jenis keras hatiey skeyt nuc
keluar air mata >degill <
Tpy buat yg nges tue mmank
ak “ tabek spring lerr :DD “ kat koank !
klhar nuc g toii . bhaii ♥