Rindu? Jika kamu RINDUKAN seseorang, PEJAMKANLAH MATA MU dan
UCAPKANLAH:
“Ya Allah, aku rindukannya kerana-Mu Ya Allah, Jauhkanlah daku
dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’
ini bukan untuk menghukumku, tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.
Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi
yang lebih baik..Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta
kepada Ilahi..Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta
kami lebih dari segalanya..Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk
MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin
andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua
ini dengan jalan yang diredhai..
Terima kasih Ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui
jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan CINTA JARAK KEJAUHAN itu kepada
aku dan dia.”